April 13, 2013

[Oneshot] Change



Reality bites?

“Ah, bila?”

Ruang tamu dipenuhi dengan bunyi televisyen dan pemanas berfungsi. Sementara aku cuba menangkap butir bicara di hujung talian.

“Lusa?” Berhenti, berfikir. “Sure. Anytime.” Tekak menelan rasa.

“...” Bungkusan pil di atas meja kopi dijeling sekilas.

“Yeah. Sure.” Angguk-angguk biarpun hanya bersendirian di sini. “Just tell me your estimated time of arrival so I can wait at the airport.”

“...”

“Ehmm. Yeah. Sure do.” Caramel berjalan menghampiri. Menggeser badan di tepi kaki.

“Yep. I’ll call you later.”

Panggilan dia matikan selepas pamitan.

Ganggang telefon rumah diletak ke tempat asal semula. Pandangan dibuang ke luar balkoni. Melihat hamparan langit biru dan awan putih berasap nipis.

Kosong.

“Caramel...” Aku tunduk. Bertinggung, mengusap kepala anak kucing itu.

Bibir diketap. Nafas ditarik berat.

Keluhan dilepaskan.

“He’s coming.”





Dari jauh dia sudah melempar senyuman. Sedikit sebanyak mengusik rasa di kalbu. Kekok, aku membalas.

“Lama tak jumpa.” Dia menyapa terlebih dahulu. Berhenti beberapa tapak di hadapan dengan beg galas MCM di bahu.

Rambut coklat. T-shirt putih. Jaket bola lisut berwarna merah krim. Kasut berjenama Everlast, hitam dan putih. Penampilan itu tidak berubah. Tetap sama seperti di zaman persekolahan.

Does a person ever change?

Aku angguk, perlahan. “Yeah. Things changed huh?”

Nipis senyuman itu masih terukir.

Kami mula berjalan, seiring. Menuju ke tempat parkir kereta. Berjalan menyusuri lantai berkilat yang membalikkan bayang sendiri. Aku menyelup tangan ke dalam saku seluar. Lapangan terbang Incheon agak lengang hari ini.

Kedengaran dia mengambil nafas panjang. “So,” Berhenti. Memanggil aku supaya menoleh. “How’s your life been going lately? For the past three years?”

Tersentak. Fikiran mengimbau setiap satu kenangan, setiap satu derita, setiap satu kisah.

Miserable. Hell.

“Awesome. Great. Kau? How’s Beijing?”

Bibir kemerahan itu mengoyak sengih. “Macam biasa, cuma musim luruh ni makin sejuk.”

“What about her?” Terlontar. Pedih ditelan sendiri.

Dia diam sekejap. Dari ekor mata, aku dapat rasakan wajah ditenung lama.

Lambat-lambat mengangguk. “She’s fine.”

“Good.” Tanpa perasaan.





“Kau beli sofa baru?” Keningnya terangkat. Menapak masuk ke dalam apartment dua bilik milik aku.

Kepala mengangguk. “Yeah. Setahun yang lepas.”

Dia ikut sama mengangguk. “That’s great...” Perlahan. Menarik perhatian aku supaya mengangkat wajah. Raut itu kosong. Dia meletakkan beg di tepi meja kopi dan selamba melabuhkan pinggul di atas sofa. Nafas dilepas panjang. Bibir dikemam, mata memerhati liar ke sekeliling ruang tamu.

“It’s different..”

Dada terasa berbuku.

Aku berjalan ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka. “Of course it is. Tiga tahun dah berlalu.” Mendatar.

Sebuah jug berisi air kosong ditarik keluar. Air dituang ke dalam gelas. Diangkat, mendekatkan pada bibir. Air sejuk mencengkam tulang itu disisip perlahan. Dengan niat segala berat di dada dapat dibasuh hilang.

“Nak minum?” Wajah dipaling ke arah dia yang sedang mengusap Caramel. Badan bersaiz sederhana itu tergerak sedikit mendengar teguran.

Menarik sengih, “Boleh jugak.”

“Jus?”

Angguk. “Hrm.”

Sekotak jus oren dibawa keluar dari perut peti sejuk. Gelas yang telungkup di tempat pengering perkakas, ditegakkan di atas kaunter dapur. Kotak disengetkan, melimpah keluar jus oren segar.

“Kau balik bila?”

“Esok kot?”

“Cepatnya.”

Dia tersenyum segaris. “Aku datang nak jumpa kau je lagipun. Esok lusa, susah nak cari masa balik Korea lagi.”

Ayat itu diusir keluar dari fikiran.

Aku berhenti menuang.

“Bermalam di mana?” Kotak ditegakkan. Penutup dipusing di mulut kotak.

“Rumah Yixing.”

Kenapa Yixing?

“Dia pun nak pergi China esok, jumpa family.”

Sedar-sedar dia sudah berdiri di hadapan. Menarik kerusi tinggi dan duduk di situ. Menghadap aku. Gelas yang berisi jus diangkat dan jus diteguk sekali, sedikit.

Aku terkebil-kebil. “Sorry. Patutnya aku buat coffee.” Tangan menggaru belakang leher.

Dia tersenyum mengena. “Tak apa. Aku dah jemu minum coffee.”

Sengih kelat terpapar di wajah. “You used to love it.”

“Tak. I used to drink it not love it.”

Berhenti. Muka tenang itu diseluruhi. Kening berkerut. “Serius? Kenapa tak cakap?”

Senyum nipis. Dagu ditongkat menggunakan tangan kiri. “Tak penting pun.” Tangan kanan bermain dengan gelas berisi separuh itu.

Mata aku terarah ke luar balkoni. Langit kelihatan mendung. Bakal hujan, mungkin.

“Dia sama macam kau, selalu buatkan aku coffee.”

Khayalan mati.

Diam tidak berkutik.

“Dia kata dia akan buatkan aku coffee setiap pagi selepas kami kahwin nanti.” Ketawa kecil, antara mahu tidak mahu, antara kekok dan tidak.

“Dia nak tinggal di Korea selepas kami kahwin.”

Aku tak nak dengar.

“Dia siap rancang berapa anak yang dia mahu. Dan apa nama anak kami nanti.”

Berhenti.

“She’s really into it, our future... I mean.”

“Kenapa kau beritahu aku semua ni?”

Terkedu. Mata itu mencari wajah aku. Pandangan aku masih terarah ke langit yang sama. Beku. Kosong.

Kening diangkat sekali. Mata berlaga. “Kenapa beritahu aku?” Mengulang.

Lama bertaut. Lelaki itu seolah mencari peluang membaca isi hati.

“Sorry.”

Perbualan mati. Hilang dibawa angin pergi.





Selimut ditarik, menutupi separuh badan. Pintu lunsur yang terbuka membenarkan angin petang meniup masuk. Dengan malas bersandar di badan sofa sambil mata merenung kosong ke luar balkoni, sekali lagi.

Awan kelabu menutupi langit.

Kosong. Seperti aku.

Dia duduk di sebelah. Menghala wajah ke hadapan, arah skrin hitam televisyen. “Dah lama tak jumpa Doktor Lee.”

Aku tidak memberi respon.

“Kau jumpa dia ikut jadual?”

“Hrm.” Endah tidak endah.

Seekor gagak terbang tinggi di langit, bagaikan membelah awan yang ada.

“Kau dah ambil pil?”

Diam.

Bungkusan pil di atas meja kopi ditarik. Tulisan dibacanya.

“Dah makan pil?”

“Belum.”

Mengeluh kecil. “Kenapa tak ambil?”

“I feel normal this way.”

Senyap. Lama dia memandang aku. Kepalanya tertunduk, membelek bungkusan di tangan. “This is for your own good..”

It’s not. It sucks.

Beberapa biji pil dikeluarkan dari papannya. Dia bangun pergi ke dapur. Mengambil sesuatu dan berjalan mendapatkan aku semula. Duduk. Tangan menghulur.

Aku mengalih pandang.

Dua biji pil di tapak tangan kanan. Gelas di tangan kiri.

“Bukannya aku boleh cederakan kau pun kalau aku tak makan.” Nada masih lemah.

Tangan aku ditarik. Pil bertukar tangan. Gelas berisi air kosong diserah.

“Makan.”

Tekak terasa pedih. Menyesakkan nafas. Dada sebak dengan perasaan yang aku sendiri tidak pasti.

“Have you ever thought..” Mukanya ditatap. “Have you ever thought of turning back?” Air liur ditelan, kesat.

Lama dia membisu. Pandangan itu jatuh tersungkur di atas sofa. Bahu ternaik sedikit gara-gara empunya badan menarik nafas dalam.

“I did.” Mata itu mencari aku kembali. “I did. Several times.”

“So why..”

“I can’t.” Memintas. Kening itu berkerut. Menayang wajah runsing, sayu. “Kau tahu yang aku tak boleh.”

Seperti dada dihentak-hentak. Hidung terasa kebas. “Kenapa?”

Sepi tidak berjawab.

Bibir mengoyak sengih paksa. Anak mata melarikan pandangan ke penjuru ruang tamu. “Kenapa?” Penglihatan kabur. “Sebab kau tak dapat apa yang sepatutnya kau dapat?”

Dia senyap. Tidak berhenti menilik wajah aku.

“Sebab aku tak boleh bagi apa yang kau sepatutnya dapat?”

We have to move on, huh?

Mengeluh. Geleng perlahan. “It’s not like...”

Hell. Bullshit.

Pil di tangan dilontar ke balkoni. Gelas dibaling berderai ke lantai. “I’m tired of this bullshit!” Berdiri, mengawal nafas.

Dia tergamam. Bisu tanpa kata-kata.

“Kau tahu tak betapa seksanya aku lalui tiga tahun ni?” Rahang diketap. “Tapi kau?” Ketawa sarkastik dilepas sedas. “Tapi kau siap cakap pasal kahwin lah, anak lah, itu lah ini lah. Kau ingat aku apa!?”

We must face the reality, huh?

Dia bangun. Mahu mendekati. “I didn’t mean to..”

Bahu itu aku tolak. “What? Hurt me?”

Senyap. Tangan aku cuba ditariknya. Kasar aku menepis.

“Kau tinggalkan semua ni sebab benda ni nonsense, kan?” “Kau tinggalkan semua ni sebab we’re not made for each other!” Gelak sarkastik. “Sebab aku tak dapat diterima oleh keluarga kau. Sebab aku tak dapat bagi anak pada kau!” Bahu itu ditolak berkali-kali. “Sebab aku tak dapat bagi masa depan pada kau!!”

Teresak. “Sebab aku tak dapat bagi apa yang dia boleh bagi pada kau!”

Setitis air mata mengalir jatuh.

Tubuh aku ditarik ke dalam dakapan. Membuatkan perit di kerongkong semakin kuat menusuk. Gigi berkeriut menahan geram. Bahu terhincut mengawal sebak.

“I’m sorry..” Bergetar suara itu. Sayup. “I’m so sorry.”

Mencarik jiwa. Menghancurkan setiap bahagian di hati.

Reality bites?

Mata basah dengan perasaan.

“Sebab aku lelaki..”

It kills.


*   *   *


43 comments:

Farhanah Subagiya said...

best gila walaupun oneshot dan ia buat saya nak nangis ;_;

nanajoe said...

@Farhanah Subagiya

sebab lagu kot? haha ;~~~; terimaaa kasehhh sebab bacaaa ;~;

AinnaFatiha said...

HUUUUNHAAAAAAN *O*

LOL OKEY AINNA BAYANGKAN HUNHAN AND LELAKI YG MKN PIL TU SEHUN SO LELAKI DR BEIJING TU FOR SURE LUHAN OKEY PHM *nods nods*

DIORANG PERNAH 'COUPLE' DLU TP LUHAN KENA KAHWIN DGN PEREMPUAN LAIN SBB...YEAH SEHUN LELAKI ;_; TP...SEHUN TU SAKIT MENTAL KE ? KENAPA DIA MAKAN PIL ?

LOL SOALAN AINNA AHAHAHA BTW FANFIC AKK MCM BIASA AH MEMANG BEST. SKILL AKK STILL ADA LG :3 FIGHTING !

Naaaaafa said...

so, "... sebab aku gay ..."
berkecai imagination kuuuuuu

hahaha best woh ;AAAAAAA; buat lagi pendek2 cemni huarghhhhhhhh ヽ(`Д´)ノ

Hidayah Ae said...

Entah kenapa terbayang Luhan dengan Sehun dalam tu. Anyway, best gila kak ^0^

aishah said...

ayat last tu :o membunuh jiwa eden lol best lah kak nana *o* five star (Y)

nanajoe said...

@AinnaFatiha

AHAHAHA fuyohhh ainna punya imaginasi kena dgn akak punya lol . akak mmg bayangkan hunhan pun omg obvious ~.~

pil ..
ok

hahaha thaaaaaaaaankyouuuu baca ainna dannn dan komen omg ;~:

nanajoe said...

@Naaaaafa

ahahaha kenapa bayangkan perempuan ke tadi lol thaaaankyouuuuu bacaaa dan komen nabilah omg /terharu/

nanajoe said...

@Hidayah Ae

sebab akak memang bayangkan diorang lol

thaaaaaaaaanks bacaaa T__T /campak cinta/

nanajoe said...

@aishah

ahaha thaaaanks bacaaaa shaaaa ;~~~~; /campak cinta/

Atique said...

Woah *O* Ohhhsemmmmm ! Lagi mantap ape penulisan Nana *thumbs up* Sebak kot baca ! Tapi tahan sebab roomies kat dalam bilik haha . Btw teringat lak kat cerita Kelabu ._. Oh kelabu . Anyway,keep it up Nana !

Iman K said...

At first, saya ingatkan Baekhyun, lama-lama masa dia cakap Beijing tu, ingatkan Luhan... Ayat last tu ingatkan HUNHAN~~~

Kena buat esie 400 words tapi sempat lagi baca fanfics...

Iman K said...

*essay

aze alia said...

Okay. Adakah ini prank atau apa? Hahahhahaha. Mula-mula dah syok baca then time ending tu "eh PEREMPUAN ni mandul sebab accident time selamatkan lelaki tu ke?" lepas tu muncul perkataan "Sebab aku lelaki" lol serius tertipu habis. Hahahahahaha. Best best best!

nanajoe said...

@Atique

eh yeke ;~~;
hahaha haah lol kelabu btw thaaaanks unnieeee ;~~~: /campak cinta/

nanajoe said...

@Iman K

hahaha memang eden bayangkan hunhan pun btw thaaaaaankyouuuuu baca dan komen ;~~: /campak cinta/

lol goodluck buat essayyy ~

nanajoe said...

@aze alia

ahahahaha prank lah kiranya lol ingatkan dah boleh syak lol btw thaaaaankyouuu aze sbb selalu bacaa dan komen T__T ~ ~ /campak cintaa/

Qiaraqila said...

" sebab aku lelaki..."

unnie you killed my imagine.. Ingatkan lelaki perempuan, rupanya sehun luhan.. lelaki tu mmg sy tahu luhan btw memang best gile sebak rasa di dada.

nanajoe said...

@Qiaraqila

hahaha lol sorrryyy ;~~~:
btw thaaaanks bacaaaa, qilaaa /campak cinta/ ;~;
yep lelaki tu memang luhan lol

Ummu Aiman said...

i thought dia takleh pregnant sebab kanser ke ape rupanya lelaki. nice one nana !

jieunlovers said...

Den tertipu .. HAHA . Mati2 ingatkan perempuan . Tiba2 , ' SEBAB AKU LELAKI ' .. Ingatkan dia mandul ke apa . Anyway , best giler walaupun pendek .. *thumbs up *

^IkinDa-b4bymnsterm^ said...

Ehh...Tertipu! hehee
Unnie, scene yg diorang peluk tuh kan sy byngkan Luhan lbih tinggi dri pompuan (sbelum dpt tau hal sbenar) tpi bila baca ayat power yg last tuh terus scene peluk tuh terbyng Luhan lebih rendah dari Sehun. Hahaa :D


MieRa MinHyuk said...

ingatkan dia tak leh pregnant sebab hormon dia tk elok ke apa that why dia makan pil . Last2 dorang gayyy ;O omg .

faten.banana said...

ingatkan perempuan .______. lol bila sebut beijing dengan Yixing tu memang terbayang Luhan ._. best kak Nana ._.
tertipu den dibuatnya ;o;

nanajoe said...

@Ummu Aiman

hahaha thank youuu unnie ;~:

nanajoe said...

@jieunlovers

haha thaaaaaaanks omg T_T /campak cinta berkepuk/

nanajoe said...

@^IkinDa-b4bymnsterm^

hahahaha sehun lg tinggi kan lol thaaanks bacaaa dan komennn ;~:

nanajoe said...

@MieRa MinHyuk

haha ramai ingat macam tu lol thaaanks bacaaaa /campak cinta/

nanajoe said...

@faten.banana

lol thaaankyouuuu fateeeeen ;~~~: maap kerana membuatkan anda tertipu lol ;~;

AmieRul AsyRaff said...

Best! Btw, lagu apa nih?

Nurhajar said...

apa tajuk lagu ni ? bikin feeling gila baca oneshot ni . sobs .

RiceCakes said...

nak tanye, ape tajuk lagu background ni? memang best lagu dye. feeling je bace. tapi cite ni tak full lagy kan? tak saba nak bace ap jadi lepas ni :) Fighting!

♥ Lia Abdillah ♥ said...

laki upenye -__________- patutlah takleh bgi anak. igt ke mandul or what. haha

Byul Han Ah said...

Most of the people who read this thought the perempuan is mandul . - . btw, awesome as always~

nanajoe said...

@AmieRul AsyRaff

kejap. tak ingat la apa tajuk dia ;;

nanajoe said...

@Nurhajar

sorry tak ingat tajuknye T.T

nanajoe said...

@RiceCakes

tak ingat tajuk lagu ni ;; sorreh.

eh? cerita ni oneshot, dah habis dah lol btw thanks bacaa

nanajoe said...

@♥ Lia Abdillah ♥

ahahahaha lol thanks bacaa

nanajoe said...

@Byul Han Ah

ahahaha lol thank youuu sbb bacaa ;;;;

Nurizzah Nabilah said...

Tetap baca Oneshot... Dah lebih lima kali dah! @Nana Johari, DAEBAK!!

nia said...

omg first time baca fanfic hunhan in malay ;-; serious sedih. i need more hunhan fanfic plssss /sobs in the corner

nanajoe said...

@Nurizzah Nabilah

omg tak bosan ke .. terima kasih T_____T

nanajoe said...

@nia

haha really? ;-; i need more hunhan fics tooo lol thanks baca ;;